Perisian Sistem Operasi | Kembara Perisian
Subscribe:

Thursday, 22 November 2012

Perisian Sistem Operasi

SISTEM PENGOPERASIAN

Sistem pengoperasian adalah set program yang di pasang dalam cakera keras. Ia bertugas mengawal, menyelaras dan mengkoordinasikan perkakasan dan membolehkan program aplikasi di gunakan oleh pengguna. Sistem pengoperasian adalah set program computer yang paling kompleks dan penting. Ia juga menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan kompute.

Fungsi sistem Pengoperasian
Antara fungsi sistem pengoperasian ialah:
Menghidupkan dan mematikan komputer
Ia akan bertugas sebaik sahaja suiz komputer dihidupkan. Setelah selesai pengguna menggunakan computer ia perlu ditutup dengan arahan shutdown.



Menyediakan antaramuka pengguna
Sistem pengoperasian membenarkan pengguna untuk mencapai dan mengarah sistem computer menerusi antaramuka yang tersedia. Menerusi antaramuka pengguna boleh memasukkan data dan arahan. Terdapat 3 jenis antaramuka pengguna :
  • Pacuan perintah
  • Pacuan menu
  • Antaramuka bergrafik

Mengurus data dan perisian lain
Sistem pengoperasian berfungsi untuk menguruskan data dan perisian lain yang disimpan dalam cakera keras. Sistem pengoperasian akan menguruskan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder ke ingatan utama. Sistem pengoperasian juga akan menguruskan perjalanan perisian yang lain.






0 comments:

Post a Comment