Perisian Pemprosesan Perkataan | Kembara Perisian
Subscribe:

Monday 19 November 2012

Perisian Pemprosesan Perkataan

  • Perisian pemprosesan maklumat merujuk kepada perisian yang digunakan untuk mengolah, menyusun dan membentuk teks,menyimpan dan mencetak dokumen. Pemprosesan perkataan selalunya digunakan untuk menaip dokumen seperti surat, laahkabel, laporan, kertas kerja dan lain-lain. Ia juga memudahkan peengguna untuk menyemak ejaan. Selain itu, perisian pemprosesan perkataan juga memudahkan penghasilan dokumen yang sama untuk pelbagai data contohnya cantuman mel. Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah MS Word, Lotus Word Pro, Word Star, Wort Perfect.


  • Perisian Pemprosesan Perkataan biasa digunakan untuk penulisan  laporan, jurnal dan sebagainya kerana perisian Pemprosesan Perkataan membolehkan kerja-kerja penyuntingan  dilakukan dengan mudah dan sistematik. Selain itu, perisian ini mempunyai ciri-ciri utama yang lain semasa menyediakan dokumen, termasuklah:

·       Menghasilkan dokumen dengan memasukkan teks (Writing), teks yang berbeza saiz, font dan stail sama ada digariskan atau dihitamkan.
·        Menyunting dan mengubah teks (Editing),
·        Memadam teks (Deleting),
·        Menyelaraskan rupa bentuk dan penampilan dokumen (Formatting),
·        Menyisip, menyalin dan menampal teks (Copy & Paste),
·        Menyemak ejaan dan  tatabahasa (Spelling & Grammar),
·        Mencari perkataan seerti atau sinonim (Thesaurus),
·        Mengimport grafik dari mana-mana sumber, (Insert)
·        Menyimpan hasil untuk diedit semula (Save),
·        Beberapa salinan cetakan boleh dibuat pada dokumen yang asal (Print),
·        Membina surat dengan membuat cantuman mel (Mail Merge),
·        Membina Header dan Footer,
      Membina Jadual dan Indeks dan lain-lain

0 comments:

Post a Comment