2012 | Kembara Perisian
Subscribe:

Saturday 24 November 2012

Selamat datang ke blog Kembara Perisian

Blog ini dibangunkan sebagai bahan rujukan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat tentang ICT amnya dan perisian komputer khasnya. Blog ini dibangunkan untuk tujuan pendidikan sahaja.
SELAMAT MENGEMBARA KE LAMAN ICTL PERISIAN KOMPUTER....



PETA MINDA PERISIAN KOMPUTER




Perisian Persembahan Elektronik

PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan elektronik yang diingini.

Persembahan

Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau boleh dikendalikan oleh penyampai.



Membuka  Aplikasi Microsoft Powerpoint


<!--[if !supportLists]-->1.    <!--[endif]-->Klik Start, All Programs and Microsoft Office.

<!--[if !supportLists]-->2.    <!--[endif]-->Pilih Microsoft Office PowerPoint 2003.

3.   Skrin seperti di bawah akan dipaparkan

<!--[if !supportLists]-->4.  Paparan adalah antara muka PowerPoint

<!--[if !supportLists]-->5.   Berikut merupakan Menu bar dan Toolbars pada bahagian atas tetingkap













Untuk menggunakan perisian powerpoint dengan lebih lanjut, sila download modul pembelajaran bagi Microsoft Power Point

Perisian Hamparan Elektronik / Microsoft Excel

6. Perisian Hamparan Elektronik

6.1 Pengenalan kepada Perisian Hamparan Elektroik

6.1.1 Kegunaan Perisian Hamparan Elektronik

Mikrosoft Excel ialah program hamparan elektronik yang membolehkan anda menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, menyediakan graf, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, mengyediakan graf dan menyediakan laporan professional. Pogram Excel terdapat TIGA bahagian utama:

Lembaran kerja – Lembaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks.

Pangkalan Data – Excel dapat menguruskan data contoh jika anda memasukkan data baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari data dengan tepat dan memilih data mengikut criteria.

Graf– Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh menghasilkan carta 2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain.

6.2 Memulakan Microsoft Excel


6.2.1 : Launch Microsoft Excel
           

1. Klik Start button pada Task Bar
2. Klik All Programs


3. Klik  Microsoft Office untuk membuka aplikasi  Microsoft Excel



 
Pengenalan kepada  Window MS Excel


1. Main Menu


Main menu mempunyai 9 command yang deretannya ialah File, Edit, View, Insert, Format, Tools, Data, Window and Help di mana huruf pertama setiap huruf pertama mempunyai garis di bawahnya. Kamu juga boleh buka semua command  dengan menekan  ALT + Huruf. Contohnya tekan ALT + F untuk membuka menu File.

2. Formatting Toolbar










Friday 23 November 2012

Koleksi Soalan

Sila muat turun latihan di sini.

Latihan 1
Sila download nota yang diperlukan:

Nota Pengenalan Kepada Sistem Komputer

Nota Sistem Operasi

Nota Perisian Utiliti

Nota PowerPoint

Nota Hamparan Elektronik


Kuiz Online

Kuiz 1

Kuiz 2

Perisian Aplikasi

PERISIAN APLIKASI
1.    Perisian Pemprosesan Perkataan
Perisian ini boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen.
Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu:
·         Mencipta dokumen dan menyunting semula.
·         Mencetak teks bersama grafik seperti surat,notis, kertas kerja dan lain-lain.
·         Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip kedalam cakera
·         Mencapainya di lain masa, mengubahnya, mencetak semula atau melakukan apa sahaja yang anda mahu denganya.
Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah Microsoft word, lotus AMI Pro, Star Office Writter dan texmaker.

Thursday 22 November 2012

Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi kami melalui alamat email berikut:

                                                     iezamohdnor@yahoo.com
                                                       edamohd@yahoo.com
                                               nozihaslina_abdullah@yahoo.com
                                                Wanazuen_Wyusoff@yahoo.com


dari kiri: Wan Azuen, Rohaizah, Murshida, Nozihaslina

Perisian Sistem Operasi

SISTEM PENGOPERASIAN

Sistem pengoperasian adalah set program yang di pasang dalam cakera keras. Ia bertugas mengawal, menyelaras dan mengkoordinasikan perkakasan dan membolehkan program aplikasi di gunakan oleh pengguna. Sistem pengoperasian adalah set program computer yang paling kompleks dan penting. Ia juga menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan kompute.

Fungsi sistem Pengoperasian
Antara fungsi sistem pengoperasian ialah:
Menghidupkan dan mematikan komputer
Ia akan bertugas sebaik sahaja suiz komputer dihidupkan. Setelah selesai pengguna menggunakan computer ia perlu ditutup dengan arahan shutdown.



Menyediakan antaramuka pengguna
Sistem pengoperasian membenarkan pengguna untuk mencapai dan mengarah sistem computer menerusi antaramuka yang tersedia. Menerusi antaramuka pengguna boleh memasukkan data dan arahan. Terdapat 3 jenis antaramuka pengguna :
  • Pacuan perintah
  • Pacuan menu
  • Antaramuka bergrafik

Mengurus data dan perisian lain
Sistem pengoperasian berfungsi untuk menguruskan data dan perisian lain yang disimpan dalam cakera keras. Sistem pengoperasian akan menguruskan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder ke ingatan utama. Sistem pengoperasian juga akan menguruskan perjalanan perisian yang lain.






Wednesday 21 November 2012

Perisian Utiliti

Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi. Perisian utiliti biasanya di sepadukan dengan kebanyakkan sistem pengendalian atau dipasang secara berasingan. Perisian utiliti terbahagi kepada 2 jenis iaitu  os based utility dan non-os based utility.

Os based utility
Os based utility terbahagi kepada 2 iaitu Scan Disk atau Disk Scanner dan penyusunan cekera (Disk defragmenter).

Disk Scanner
Scan Disk adalah salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows. Ini adalah perisian aplikasi yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer. Setelah scan disk mencari dan menemukan kesalahan dalam hard drive. Manakala fail yang tidak digunakan akan dibuang atau cuba untuk memperbaikinya. Kesalahan yang sering ditemui disebabkan termasuk:
i)    Sistem yang sering rosak
ii)    Aplikasi sistem yang penting tidak ditutup dengan betul.
iii)    Adanya program berbahaya seperti virus,Trojan dan lain-lain.

Setelah Scan Disk selesai tugasnya, aplikasi ini akan memberikan laporan yang mengandungi kesalahan yang telah dijumpai dan jumlah ruang cakera yang telah diimbas. Oleh itu penting bagi pengguna untuk menggunakan aplikasi Scan Disk kerana memastikan bahawa data mereka selamat daripada rosak. Dengan itu, barulah ada jaminan bahawa komputer mereka akan beroperasi dengan baik.

Disk Defragmenter
Walaupun hard drive semakin canggih  namun masih lagi terdapat kelemahannya dari segi penjagaan drive. Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan menjadi Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya atau lebih dikenali oleh pengguna komputer sebagai sebuah lokasi contiguous (berdekatan).

Bahagian-bahagian fail yang berlainan bertaburan di seluruh hard disk dalam bentuk cebisan noncontiguous. Semakin banyak fragmented file di dalam sebuah drive maka semakin berkuranglah kemampuan dan keupayaan drive head kerana ia terpaksa mencari kesemua cebisan-cebisan itu di lokasi-lokasi yang berbeza. Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail noncontiguous ke fail contiguous dan mengoptimumkan penempatan mereka pada hard drive untuk meningkatkan keupayaan dan prestasi. Perisian ini mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan yang akan menjadikan komputer lebih laju.

Non os based Utility
Non os based terdiri daripada 2 jenis perisian iaitu perlindungan virus dan utiliti pemampatan.

Perlindungan virus
perisian ini wajib dipasang pada setiap computer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan computer anda daripada serangan virus. Ia akan mengimbas cakera keras, ingatan kilat, dan ingatan utama bagi mengesan dan seterusnya menghapuskan virus yang di kesan.
Untuk perlindungan yang beterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus. Contoh perisian utiiti ini adalah Nortan Internet Security, Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-Virus.
                       

Pemampatan Data
Utiliti pemampatan data digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk menjimatkan ruang penyimpanan, meningkatkan kelajuan penghantaran e-mel dan mengurangkan masa memuat turun fail. Antara fail yang biasa dimampat adalah dokumen, fail video, fail grafik atau fail audio. Fail yang dimampat di panggil termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar. Antara contoh perisian pemampatan fail yang popular adalah WinZip, WinRAR dan PKZIP.
                       
PERISIAN APLIKASI
1.    Perisian Pemprosesan Perkataan
Perisian ini boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen.
Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu:
•    Mencipta dokumen dan menyunting semula.
•    Mencetak teks bersama grafik seperti surat,notis, kertas kerja dan lain-lain.
•    Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip kedalam cakera
•    Mencapainya di lain masa, mengubahnya, mencetak semula atau melakukan apa sahaja yang anda mahu denganya.

Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah Microsoft word, lotus AMI Pro, Star Office Writter dan texmaker.
               

2.    Perisian Hamparan Elektronik
Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan pengiraan. Ia boleh membuat pengiraan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada baris dan lajur apabila nombor-nombor ditukar.
Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu
•    Mencipta , menyimpan, memadam atau mengedit rekod
•    Menyusun dan menisih rekod
•    Membuat pengiraan matematik, statistic, kewanhan dan kejuruteraan berdasarkan formula dan function.
•    Memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
Contoh perisian hamparan elektronik ialah Microsoft Excel, Lotus 123 dan Faxpro.
         

3.    Perisian persembahan
Perisin ini membantu Pembina perisian membuat persembahan dengan mengabungkan unsure animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
Kelebihan perisian ini adalah
•    Menarik minat penonton/pengguna
•    Memberi motivasi kepada pengguna/penonton
•    Mudah difahami oleh penonton /pengguna.
Contoh perisian ini adalah Microsoft Power Point, Harvard Graphic dan lotus FreeLance.
             

4.    Perisian Pengkalan Data
perisian pengkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem. pengkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angaka dan fakta-fakta. pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk:

•    Jadual
Merupakan satu objek dalam pengkalan data yang mana angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur.
•    Carian
Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna dari suatu pengkalan data, sama ada mengenai nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi atau keputusan peperiksaan.
•    Borang
Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat data.
•    Laporan
Merupakan laporan pengkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu,output dari segi pengiraan, tajuk,graf,gambar rajah dan maklumat lain yang dirasakan perlu.
•    Makro
Digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatic dan membolehkan objek-objek bekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalnya Microsoft Access secara automatic akan membuka satu set Form apabila pengkalan data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain.
•    Modul
Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan ioperasi-operasi yang lebih kompleks dan tidak disediakan oleh makro.
•    Rekod
Satu koleksi data pada satu jadiual.
•    Objek
Satu unit  yang boleh ditakrifkan dalam pengkalan data,seperti table,report atau form.
            

5.    Pengaturcaraan
Pengaturcaraan ialah satu ciptaan satu set perintah-perintah atau arahan yang mengarahkan satu komputer dalam melaksanakan satu tugas. Kemudian perintah atau arahan ini akan di susun dan ditafsirkan lalu dtukar kepada arahan-arahan boleh dilaksanakan oleh komputer atau alat elektronik yang telah diprogramkan. Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C,C++,Fotran dan lain-lain.

     


Monday 19 November 2012

Perisian Pemprosesan Perkataan

  • Perisian pemprosesan maklumat merujuk kepada perisian yang digunakan untuk mengolah, menyusun dan membentuk teks,menyimpan dan mencetak dokumen. Pemprosesan perkataan selalunya digunakan untuk menaip dokumen seperti surat, laahkabel, laporan, kertas kerja dan lain-lain. Ia juga memudahkan peengguna untuk menyemak ejaan. Selain itu, perisian pemprosesan perkataan juga memudahkan penghasilan dokumen yang sama untuk pelbagai data contohnya cantuman mel. Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah MS Word, Lotus Word Pro, Word Star, Wort Perfect.


  • Perisian Pemprosesan Perkataan biasa digunakan untuk penulisan  laporan, jurnal dan sebagainya kerana perisian Pemprosesan Perkataan membolehkan kerja-kerja penyuntingan  dilakukan dengan mudah dan sistematik. Selain itu, perisian ini mempunyai ciri-ciri utama yang lain semasa menyediakan dokumen, termasuklah:

·       Menghasilkan dokumen dengan memasukkan teks (Writing), teks yang berbeza saiz, font dan stail sama ada digariskan atau dihitamkan.
·        Menyunting dan mengubah teks (Editing),
·        Memadam teks (Deleting),
·        Menyelaraskan rupa bentuk dan penampilan dokumen (Formatting),
·        Menyisip, menyalin dan menampal teks (Copy & Paste),
·        Menyemak ejaan dan  tatabahasa (Spelling & Grammar),
·        Mencari perkataan seerti atau sinonim (Thesaurus),
·        Mengimport grafik dari mana-mana sumber, (Insert)
·        Menyimpan hasil untuk diedit semula (Save),
·        Beberapa salinan cetakan boleh dibuat pada dokumen yang asal (Print),
·        Membina surat dengan membuat cantuman mel (Mail Merge),
·        Membina Header dan Footer,
      Membina Jadual dan Indeks dan lain-lain

Sunday 4 November 2012

Pengenalan Sistem Komputer

PERISIAN KOMPUTER
Definisi
Perisian adalah program yang terdiri daripada set arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus, dan menyokong sistem computer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
Terdapat 2 jenis perisian iaitu :
1.     Perisian Hak Milik
2.    Perisian Sumber Terbuka
Fungsi perisian
Fungsi perisian adalah untuk beerja terus dengan perkakasan
ü  Mengurus sumber-sumber Kcomputer
ü  Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber digunakan
ü  Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpat dalam computer

Jenis-jenis Perisian
Perisian terdiri daripada tiga katogori
1.     Sistem Pengoperasian

·         Sistem pengoperasian adalah set program-program yang di pasang di dalam cakera keras.
·         Ia bertugas dalam mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan, menyediakan antaramuka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pelbagai pengguna.
·         Tanpa OS sesebuah computer tidak dapat berfungsi.


2.    Program Utiliti

·         Perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu kelancaran perkakasan komputer.sistem pengendalian dan perisian aplikasi
·         Contoh perisian utiliti ialah
i)             Disk clean-up
ii)           Disk Defragmenter
iii)         Perisian antivirus
iv)          Sistem sandaran

3.    Perisian Aplikasi

·         Perisian aplikasi ialah program atau perisian. Ia direkabentuk untuk memudahkan pengguna dalam melakukan tugasan seharian.
·         Perisian aplikasi juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks,imej-imej dan maklumat lain.