Perisian Utiliti | Kembara Perisian
Subscribe:

Wednesday 21 November 2012

Perisian Utiliti

Program utiliti merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian aplikasi. Perisian utiliti biasanya di sepadukan dengan kebanyakkan sistem pengendalian atau dipasang secara berasingan. Perisian utiliti terbahagi kepada 2 jenis iaitu  os based utility dan non-os based utility.

Os based utility
Os based utility terbahagi kepada 2 iaitu Scan Disk atau Disk Scanner dan penyusunan cekera (Disk defragmenter).

Disk Scanner
Scan Disk adalah salah satu alat maintenance yang paling biasa digabungkan dengan sistem operasi seperti windows. Ini adalah perisian aplikasi yang digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah di hard disk atau floopy disk komputer. Setelah scan disk mencari dan menemukan kesalahan dalam hard drive. Manakala fail yang tidak digunakan akan dibuang atau cuba untuk memperbaikinya. Kesalahan yang sering ditemui disebabkan termasuk:
i)    Sistem yang sering rosak
ii)    Aplikasi sistem yang penting tidak ditutup dengan betul.
iii)    Adanya program berbahaya seperti virus,Trojan dan lain-lain.

Setelah Scan Disk selesai tugasnya, aplikasi ini akan memberikan laporan yang mengandungi kesalahan yang telah dijumpai dan jumlah ruang cakera yang telah diimbas. Oleh itu penting bagi pengguna untuk menggunakan aplikasi Scan Disk kerana memastikan bahawa data mereka selamat daripada rosak. Dengan itu, barulah ada jaminan bahawa komputer mereka akan beroperasi dengan baik.

Disk Defragmenter
Walaupun hard drive semakin canggih  namun masih lagi terdapat kelemahannya dari segi penjagaan drive. Bila fail dicipta, dihapus, atau diubahsuai sudah pasti akan menjadi Fragmented. Fragmented bermaksud fail tidak disimpan dalam satu tempat secara keseluruhannya atau lebih dikenali oleh pengguna komputer sebagai sebuah lokasi contiguous (berdekatan).

Bahagian-bahagian fail yang berlainan bertaburan di seluruh hard disk dalam bentuk cebisan noncontiguous. Semakin banyak fragmented file di dalam sebuah drive maka semakin berkuranglah kemampuan dan keupayaan drive head kerana ia terpaksa mencari kesemua cebisan-cebisan itu di lokasi-lokasi yang berbeza. Disk Defragmenter Utility direka untuk menyusun semula fail noncontiguous ke fail contiguous dan mengoptimumkan penempatan mereka pada hard drive untuk meningkatkan keupayaan dan prestasi. Perisian ini mengenalpasti fail dan ruang yang tidak diperlukan yang akan menjadikan komputer lebih laju.

Non os based Utility
Non os based terdiri daripada 2 jenis perisian iaitu perlindungan virus dan utiliti pemampatan.

Perlindungan virus
perisian ini wajib dipasang pada setiap computer untuk mengimbas, menangkis dan melindungi data dan computer anda daripada serangan virus. Ia akan mengimbas cakera keras, ingatan kilat, dan ingatan utama bagi mengesan dan seterusnya menghapuskan virus yang di kesan.
Untuk perlindungan yang beterusan, perisian ini hendaklah sentiasa “up-to-date” iaitu kemaskini pada fail tandatangan virus (virus IDE) antivirus. Contoh perisian utiiti ini adalah Nortan Internet Security, Avira Antivirus, Mcfee Viruscan, Karpersky Anti-Virus.
                       

Pemampatan Data
Utiliti pemampatan data digunakan untuk memampat dan nyahmampat fail untuk menjimatkan ruang penyimpanan, meningkatkan kelajuan penghantaran e-mel dan mengurangkan masa memuat turun fail. Antara fail yang biasa dimampat adalah dokumen, fail video, fail grafik atau fail audio. Fail yang dimampat di panggil termampat (zipped) yang mempunyai format fail .zip atau .rar. Antara contoh perisian pemampatan fail yang popular adalah WinZip, WinRAR dan PKZIP.
                       
PERISIAN APLIKASI
1.    Perisian Pemprosesan Perkataan
Perisian ini boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen.
Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu:
•    Mencipta dokumen dan menyunting semula.
•    Mencetak teks bersama grafik seperti surat,notis, kertas kerja dan lain-lain.
•    Menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip kedalam cakera
•    Mencapainya di lain masa, mengubahnya, mencetak semula atau melakukan apa sahaja yang anda mahu denganya.

Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah Microsoft word, lotus AMI Pro, Star Office Writter dan texmaker.
               

2.    Perisian Hamparan Elektronik
Perisian ini menyediakan pelbagai kemudahan pengiraan. Ia boleh membuat pengiraan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada baris dan lajur apabila nombor-nombor ditukar.
Perisian ini mempunyai kelebihan iaitu
•    Mencipta , menyimpan, memadam atau mengedit rekod
•    Menyusun dan menisih rekod
•    Membuat pengiraan matematik, statistic, kewanhan dan kejuruteraan berdasarkan formula dan function.
•    Memaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta
Contoh perisian hamparan elektronik ialah Microsoft Excel, Lotus 123 dan Faxpro.
         

3.    Perisian persembahan
Perisin ini membantu Pembina perisian membuat persembahan dengan mengabungkan unsure animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan.
Kelebihan perisian ini adalah
•    Menarik minat penonton/pengguna
•    Memberi motivasi kepada pengguna/penonton
•    Mudah difahami oleh penonton /pengguna.
Contoh perisian ini adalah Microsoft Power Point, Harvard Graphic dan lotus FreeLance.
             

4.    Perisian Pengkalan Data
perisian pengkalan data ialah satu perisian untuk membina Database atau pengkalan data dalam sesebuah sistem. pengkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angaka dan fakta-fakta. pelbagai jenis data mengenai sesuatu perkara boleh disimpan dalam bentuk:

•    Jadual
Merupakan satu objek dalam pengkalan data yang mana angka dan fakta disimpan dalam bentuk 2 dimensi, dalam baris dan lajur.
•    Carian
Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna dari suatu pengkalan data, sama ada mengenai nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi atau keputusan peperiksaan.
•    Borang
Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan atau melihat data.
•    Laporan
Merupakan laporan pengkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu,output dari segi pengiraan, tajuk,graf,gambar rajah dan maklumat lain yang dirasakan perlu.
•    Makro
Digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatic dan membolehkan objek-objek bekerjasama tanpa melibatkan pemprograman, misalnya Microsoft Access secara automatic akan membuka satu set Form apabila pengkalan data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan atau untuk membuka Form yang lain.
•    Modul
Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan ioperasi-operasi yang lebih kompleks dan tidak disediakan oleh makro.
•    Rekod
Satu koleksi data pada satu jadiual.
•    Objek
Satu unit  yang boleh ditakrifkan dalam pengkalan data,seperti table,report atau form.
            

5.    Pengaturcaraan
Pengaturcaraan ialah satu ciptaan satu set perintah-perintah atau arahan yang mengarahkan satu komputer dalam melaksanakan satu tugas. Kemudian perintah atau arahan ini akan di susun dan ditafsirkan lalu dtukar kepada arahan-arahan boleh dilaksanakan oleh komputer atau alat elektronik yang telah diprogramkan. Contoh bahasa pengaturcaraan ialah C,C++,Fotran dan lain-lain.

     


0 comments:

Post a Comment